Followers

Saturday, 5 July 2014

PT3 2014 ( Sejarah )

TUGASAN 

Baca petikan berikut dengan teliti . 

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walaupun penduduknya berbilang kaum . Keamanan dan kedamaian ini dapat di kekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu , cina dan India . Justeru itu , kita seharusnya bersyukur dengan keamanandan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain . Persefahaman yang telah berjaya di capai ii perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telak terjalin sekian lama .

Berdasarkan petikan tersebut , buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia . Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan .

Tugasan anda hendeklah mengandungi aspek berikut :

1. Tajuk rencana .
2. Nama penulis .
3. Isi kandungan :
a ) Pengenalan - menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum .
b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum .
c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum . 
d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum .
e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia . 
f) Membuat rumusan .
g) Menyenaraikan sumber rujukan . 

SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment